Jumaat, 15 April 2011

#12 pembetulan

sepatutnya post aku yang sebelum ini, nombornya #11, bukan #10.

tu je nak cakap.

#10 random

sebenarnya aku sedang dalam usaha nak jadi kaya. ok tanak kaya pun. nak cari duit sikit je. kalau duit aku tiba-tiba jadi banyak, aku nak lari.


ini serius.

Rabu, 13 April 2011

Selamat Pagi

Hai belog, aku ada sesuatu nak mengadu ni, walaupun kau tak mungkin dapat tolong.

Mesin basuh kat rumah aku dah hampir seminggu rosak, tahu? Dan mak aku pun hahari menggonyoh babaju adikdik aku dengan tangan. Mak aku ada lelah. Kalau kerja berat nanti dia akan kena lelah, then dia tak boleh buat kerja.

So, atas dasar prihatin, aku pun sengaja tak melonggokkan babaju kotor di tempat selalunya babaju kotor diletakkan. Aku longgok dalam bilik, kononnya nak basuh sendiri. Kononnya lah.

Hari ni dah lebih kurang seminggu, longgokan baju dah membukit, aku masih belum basuh walau sehelai.




Hurm.




Okaybye.

Masih Terkenang-lah, Jimbit

Benda yang kau dah selalu tatap hari-hari, memang susah nak lupa. Sebab tu jangan heran kalau ada orang bunuh diri lepas clash. Aku pun sepatutnya tak perlulah mempersoal kenapa nenek aku taknak ikut berpindah ke kota walaupun duduk kampung pun banyak cerita tak enak aku dengar.

Juga menjelaskan kenapa hari-hari aku masih menaip "Twitter" pada browser lalu menekan "ctrl+enter", menaip 2 patah kata pada kotak carian twitter - "Abu Ubaidah" .

Rupa-rupanya masih ada yang rindu pada aku? Heu heu heu.

Niat di hati nak stalk menghilang rindu, makin di-stalk makin merindu.

Jimbit.

Isnin, 11 April 2011

Kenangan.

budak itamdeusjordomamijohnnyrempitnamyRashidoked2tumblr_l767k6FFjj1qa7jt7o1_500tahitwittersmileeepatamdiya3nuyulhudasidada

ceyt. macam aku dah mati pulak. aku akan kembali lah wei. tunggu aku kaya dulu. kay bye bye.

Sidang Media. Ceh, Macam Artis Pulak.

@afiqsiddhartha : Hoi. Motif? (via FB)

@reenamuhamad : Do you have anything to explain to me about your twitter account ? (via FB n SMS)

@fadhliroslane : hai Abu Ubaidah Amir kenapa kau mendelete twitter? tahukah kau aku rindu tazkirah dari kau

begitulah sedikit sebanyak soalan-soalan yang dilontarkan tentang tindakan aku men-delete twitter semalam.

Ok, entri ni ringkas jew, atau bahasa tak gedik dia, ringkas yahudi.

Kenapa?

Well, macam dalam entri sebelum, aku ada benda nak buat. Dan aku rasa twitter ni amat mengganggu fokus. Seriously, aku pun tak tahu kenapa, bila aku on twitter je, aku memang takkan mampu mengawal diri untuk terus melekat di depan kaca PC, tanpa membuat apa-apa, kecuali berak.

Lalu aku memutuskan untuk membuang gangguan fokus itu, dan nak mengalihkan fokus kepada perkara yang lebih utama, yang aku rasa aku kena buat, kalau aku tak buat nanti akhirnya aku bukan sahaja menyesal dan menyumpah seranah diri sendiri, tapi aku juga akan menyusahkan orang-orang lain. Dan aku tak suka menyusahkan orang. Nanti orang pandang slack dekat aku. Aku paling tak suka kalau orang tak suka aku. Aku tak suka dinilai, tak kisah lah positif atau negatif. Aku tak suka.

So, biarlah aku bertapa sementara, membuat apa-apa yang patut aku buat, dan aku akan kembali juga, bila semua dah selesai. Boleh?

Sebenarnya entri ni tak patut pun wujud, bukannya aku ada kewajipan pun nak menceritakan kenapa dan mengapa aku buat begini. Ah, aku yang perasan ada orang ambil tahu barangkali?

Kesian.




Sekian.

deleted

ada benda penting kena (baca: nak) buat, dan aku rasa twitter tu mengganggu. aku takde disiplin yang mantop macam oked. that's it.

so, jumpa lagi.

Ahad, 10 April 2011

Rabu, 6 April 2011

#10

randum post. saya kena limit untuk kali ke-4 dalam hari ini. Setiap jam berturut-turut. Macam babi beranak tak keluar-keluar, teran-teran sampai separuh nyawa pun si anak babi tersangkut lagi, lalu kena tarik dengan bantuan bidan tapi bidan orang Melayu maka dia taknak sentuh babi itu, sebab takut akan kena samak, leceh dan menyusahkan, katanya dengan nada tak betul, suara tinggi, pitching lari, lari 100 meter lalu menuju garisan penamat dalam kurang 10 saat, dituduh memakan dadah, dibatalkan kemenangan maka jatuhlah pingat emas itu kepada mereka yang lain, yang lebih loser dan celaka daripada babi bernama Suffian Johan yang hanya tahu menonjolkan alter-ego diri dengan nama anonimus femes Brader Patam, tapi dia berjaya menjadi pujaan ramai gadis, cuma tak tahulah mungkin dia akan insaf esok kelak akhirnya?

Cis, mati juga ayat.

Aku kena limit. Dan aku rasa celaka.