Isnin, 11 April 2011

Sidang Media. Ceh, Macam Artis Pulak.

@afiqsiddhartha : Hoi. Motif? (via FB)

@reenamuhamad : Do you have anything to explain to me about your twitter account ? (via FB n SMS)

@fadhliroslane : hai Abu Ubaidah Amir kenapa kau mendelete twitter? tahukah kau aku rindu tazkirah dari kau

begitulah sedikit sebanyak soalan-soalan yang dilontarkan tentang tindakan aku men-delete twitter semalam.

Ok, entri ni ringkas jew, atau bahasa tak gedik dia, ringkas yahudi.

Kenapa?

Well, macam dalam entri sebelum, aku ada benda nak buat. Dan aku rasa twitter ni amat mengganggu fokus. Seriously, aku pun tak tahu kenapa, bila aku on twitter je, aku memang takkan mampu mengawal diri untuk terus melekat di depan kaca PC, tanpa membuat apa-apa, kecuali berak.

Lalu aku memutuskan untuk membuang gangguan fokus itu, dan nak mengalihkan fokus kepada perkara yang lebih utama, yang aku rasa aku kena buat, kalau aku tak buat nanti akhirnya aku bukan sahaja menyesal dan menyumpah seranah diri sendiri, tapi aku juga akan menyusahkan orang-orang lain. Dan aku tak suka menyusahkan orang. Nanti orang pandang slack dekat aku. Aku paling tak suka kalau orang tak suka aku. Aku tak suka dinilai, tak kisah lah positif atau negatif. Aku tak suka.

So, biarlah aku bertapa sementara, membuat apa-apa yang patut aku buat, dan aku akan kembali juga, bila semua dah selesai. Boleh?

Sebenarnya entri ni tak patut pun wujud, bukannya aku ada kewajipan pun nak menceritakan kenapa dan mengapa aku buat begini. Ah, aku yang perasan ada orang ambil tahu barangkali?

Kesian.




Sekian.