Khamis, 31 Mac 2011

#9

Kadang-kadang aku rasa malas menulis. Bukan kadang-kadang, tapi selalu.

Sebab? Sebab aku takut satu hari nanti aku kan jadi seseorang, seseorang yang hebat. Mungkin. Barangkali.

Maka aku takut tulisan-tulisan aku pada masa kini akan dikaji, dan diteliti, oleh "so-called" pakar-pakar entah apa-apa pada masa itu, dan mereka mula mencipta teori, tentang tulisan-tulisan aku.

Mereka akan berkata, kononnya,

aku menulis begini, kerana ini.

aku menulis itu, kerana itu.

aku sebenarnya nak cakap ini.

aku sebenarnya nak cakap itu.

aku ini, percaya ajaran ini.

aku ini, menganut ajaran itu.


Maka, kalau itu benar terjadi, maka aku ingin melakukan 2 perkara, sekarang. Pertama, aku ingin meminta maaf, kerana menyusahkan kamu semua, anak muda, (atau mungkin orang tua?) kerana terpaksa menghadap tulisan-tulisan aku.

Dan kedua, aku ingin katakan, kajian jadah apa, teori mengarut apa? Aku tulis, semua perkara karut. Random-lah!

Manusia ini kan, tak sudah-sudah menyusahkan diri, dengan perkara-perkara yang tak perlu. Motif?


Kesian.


Sekian.


dedikasi kepada mereka yang tak habis menyusahkan diri, mengkaji nukilan pujangga di zaman silam.


p/s: Hanya dalam mimpi. Hanya dalam mimpi. *sigh*

Rabu, 30 Mac 2011

Cinta (bluergh)

Sebenarnya aku semacam bosan untuk menulis soal jiwa dan raga ini. Sungguh klise. Tapi kenapa menulis juga? Mudah, sebab hanya soal ini yang semua orang dapat faham, tanpa perlu menggunakan otak dan pemikiran. Serius. Ini tidak perlukan fakta ataupun sebarang rumus matematik untuk kau hadamkan. Semua orang, kononnya, mampu merasakan hal ini.

Selain daripada senang difahami, hal ini juga tidak memerlukan aku menggunakan pemikiran untuk menulisnya. Itu sebab sebenar, sebenarnya.

Ok, aku ada satu kenyataan poyo, mahu dengar? Aku rasa, aku rasa lah, aku tak percaya cinta. Heh. Poyo tak?

Well, tooooooo much definitions tentang cinta, dan setiap kepala otak punya pemahaman yang sendiri, tentang satu perkataan ini. Tapi aku lebih suka untuk berpegang pada satu definisi yang ideal, mungkin terlebih ideal, iaitu:

"Cinta itu, tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela".

Definisi yang aku dapat daripada satu lagu nasyid sebenarnya. Hahah. Kelakar? Atau comel?

Mungkin disebabkan oleh kepercayaan yang terlalu ideal, maka aku menganggap cinta itu, tidak wujud. Okay, aku beri pengecualian terhadap 2 situasi, iaitu cinta daripada Tuhan kepada makhluk-Nya, dan juga cinta daripada ibu, kepada anaknya.

Kembali kepada cinta, siapa yang mempunyai sikap sedemikian? Beritahu aku, manusia mana yang sikapnya hanya rela memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan? Lelaki mencintai wanita, demi untuk memuaskan nafsu serakah. Tak benar? Benarkan lah.

Dan wanita mencintai lelaki itu, untuk apa? Entah, aku bukan perempuan, maka aku tak tahu. Tapi semestinya berkepentingan. Mana ada cinta yang ideal, seperti dalam definisi yang aku percaya itu.

Sebenarnya begitulah kehidupan. Manusia memang saling memerlukan. Maka tidak salah sebenarnya sekiranya seorang lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki. Salahnya ialah apabila kata-kata cinta itu terlalu diagung-agungkan, sehingga seolah-olah menjadi Tuhan dalam kehidupan dunia kini. Atau memang telah menjadi Tuhan sejak dari dulu lagi?

Segala kata-kata metafora indah yang membuatkan manusia menyangka, cinta sejati itu benar-benar wujud? Sedangkan, kau bersama siapa itu sebenarnya tidak penting langsung! Tapi sebaliknya peranan yang kau mainkan bersama siapa yang kau telah pilih untuk bersama, itulah yang utama.

Dunia ini kejam. Dipenuhi bull-shits. Dan menipu manusia dengan hakikat cinta, adalah sama zalimnya dengan mencandu pemikiran mereka dengan segala jenis penipuan lagi. Katakan, apa saja? Kemewahan, duit, keamanan, agama? Persoalannya, kenapa cinta itu tidak pernah disalah-kan, seperti mana galaknya mereka menyalahkan agama dan segala jenis dadah yang lain itu?

Cukup dengan persoalan cinta. Aku juga memerlukan seorang insan sebenarnya, bukan untuk dicintai, tetapi sebab aku mempunyai sisi lemah yang amat banyak, dan aku tak boleh simpan sendiri.

Dan aku juga tak mengerti, kenapa kini aku seolah-olah telah tertarik kepada seseorang, tanpa menyimpan rasa nafsu? Mungkin definisi cinta itu, sebenarnya berbeza?

Kay bye.





Hanya merapu.

Ahad, 27 Mac 2011

dayyum!

Manusia di sebelah sisi dunia yang aman, seperti Malaysia ini, mempunyai sejenis penyakit mental, iaitu manja kededek.

Terutamanya spesies yang telah terdedah dengan pelbagai jenis teknologi yang memudahkan kehidupan, dan memalaskan manusia.

Jika pergi ke dunia sebelah sana, mereka mana ada masa untuk memikirkan soal hati dan perasaan, emosi jiwa raga ni semua. Semuanya berperang dengan masa, untuk meneruskan kehidupan. Di sana, mereka menangis apabila berdarah badannya, mati keluarganya, hancur rumahnya, lebur jasadnya. Apa yang mereka hadapi, adalah kerosakan dan keganasan fizikal yang menggila, mereka memang merasai KESAKITAN itu.

Tapi di dunia sebelah sini, KESAKITAN yang dirasai hanyalah atas angin semata. Sakit hati? Hancur hati? Remuk hati? De fart itu semua?

Ditinggalkan kekasih, maka menangis. Tidak dilayan oleh orang yang disukai, maka menangis. Melihat si dia bermesra dengan orang lain, lalu cemburu, maka menangis. Dan segala macam lagilah tangisan yang pecah hanya kerana luka emosi yang kadang-kadang sungguh tidak rasional. Tidak rasional seperti "online-crush"? <--- sungguh merapu!

Kadang-kadang aku malu dekat manusia di dunia dari sebelah sana. Sungguh malu. Kemanjaan manusia-manusia dari sebelah dunia yang aman ini, memang memalukan.

Adakah ini harga sebuah damai?

Dan ya, aku adalah manusia yang manja itu. Aku juga sedang merasa gundah kerana alasan-alasan bodoh itu. Kini. Aku sedang merasakannya.



Babi.

Sabtu, 26 Mac 2011

Dia



Seperti berjalan di shopping-complex, sering kali kita berjumpa dengan pelbagai benda yang membuatkan timbul satu rasa, iaitu suka. Namun, banyaknya kita tak beli. Seringkali sahaja dibiarkan berlalu, mungkin kerana tidak perlu, atau juga kerana tidak mampu.

Tapi, ada sesetengah benda, seolah-olah begitu mendesak kita untuk mendapatkannya. Sehingga berusaha untuk mengumpul wang, walaupun terpaksa mengikat perut.

Dia bukan barang di pasaraya. Itu hanya metafora. Dia, semacam tiada nilai. Nak beli ke tak?

Okay bye.

Khamis, 24 Mac 2011

#8

Entri nombor tiada tajuk kembali. Kadang-kadang aku terfikir jugak, macam menyusahkan diri je aku letak entri tanpa tajuk ni. Mana tahu esok-esok aku nak cari balik hasil tulisan yang telah membuatkan aku orgasme sendiri, payah jugak kan? Oh, aku seorang narsisis, pemuja diri sendiri, sebab tu tulisan sendiri pun mampu membuatkan aku orgasme.

Tapi bila fikir untuk kali ke-8, akhirnya aku dapat memuaskan diri, dengan alasan, "alaaaaa baca novel pun mana depa letak tajuk tiap-tiap bab. Semua bab taruk nombor juga dey." Ok, hati aku terpujuk. Tapi, untuk entri-entri yang aku rasa berkaitan topik penting, aku rasa aku akan letakkan tajuk.

So, apa yang menarik? Hari ini, aku bangun pagi agak lewat, seperti rutin biasa aku semenjak 2, 3 minggu ni, lebih kurang 9 lebih. Aku sebenarnya bukan jenis bangun lambat, tapi sejak punya 2 kehidupan ni, aku dah jadi keliru antara dunia realiti dengan dunia online. Serius, kadang-kadang aku mengabaikan tuntutan dunia realiti semata-mata untuk menjadi manusia berjaya di alam maya. Seperti suatu ketika dahulu ketika aku ketagih bermain Ragnarok, dunia nyata hanya menjadi tempat aku mencari duit untuk meneruskan survival aku di alam fantasi. Sial. Tapi ketagih, kau ingat senang nak ubat? Semua ini tidak rasional, tapi aku suka. Suka, adalah emosi, sejak bila emosi ini pandai rasional?

Ah, tak penting apa yang aku sundalkan di alam maya yang satu itu. Laman-laman sosial itu hanya memaparkan muka-muka hipokrasi aku. Tapi siapa nak marah aku bersikap hipokrit? Jika aku sendiri yang memilih untuk menjadi hipokrit, maka itu adalah aku memilih untuk menjadi diri sendiri, yang hipokrit. Ok, hentikan dengan kenyataan paradoks itu. Cukup, marahku kepada minda sendiri.

Apa yang penting hari ini adalah, bukan kerjasama, tapi pertemuan aku dengan seorang seniur, berpangkat abang sebenarnya. Dia pernah menjadi teman serumah aku. Syeikh (bukan nama penuh) sangat baik orangnya, walaupun ketika turun ke medan juang, dia akan menjadi seekor singa lapar yang tak takutkan apa-apa. Dia seorang pejuang. Pejuang di medan yang dia telah pilih, dan biasalah, orang berjuang memang punya banyak musuh. Dia seorang yang licik, dan paling pandai bermuka-muka, sesuai dengan medan juang yang dia pilih. Tapi ada satu sisi lain, yang jarang orang luar tahu, Syeikh adalah seorang yang paling memahami, dan sangat mudah membantu, atau paling kurang, dia akan cuba untuk mendengar masalah teman-teman. Kalau dia mampu menghulurkan bantuan harta benda, memang dia akan bagi. Tapi kalau tak mampu, sekadar kata-kata galakan dan nasihat pun, akan dia hulurkan juga. Syeikh.

Dia baru menikah, hujung minggu lepas. Ok, siapa kata orang yang tak pernah ber-kopulasi akan mempunyai masalah untuk mendirikan rumah tangga? Syeikh adalah contoh paling segar, bahawa orang yang menjaga diri daripada segala tuntutan najis emosi bodoh yang disucikan oleh momok-momok media massa dengan bahasa bunga-bunga indah, akhirnya akan berumah tangga jugak. Bah kan aku melihat mereka yang bercinta bagai nak rak itulah yang akhirnya menjadi andartu ataupun lelaki sangap di hujung usia.

Pertemuan enam mata diatur dengan Syeikh di Medan Selera KLCC, bersama "kakak ipar", yang sopan orangnya. Sesuai atau tidak dengan Syeikh? Heh. Jauh dari sesuai, dia memang beruntung mendapat orang seperti Syeikh. Serius, dia akan bahagia.

Syeikh yang mengajak aku bertemu, mahu bertanya khabar, katanya. Syeikh memang begitu, suka bertanya khabar teman-teman. Suka mendengar apa masalah teman-teman, dan jika mampu, akan dibantu.


Perbualan dengan Syeikh menjadikan aku seolah-olah terjaga dari mimpi yang panjang, dan aku mula melihat ke masa depan, lalu menyedut kembali emosi lama yang aku ingatkan sudah hilang.

Ketakutan. Serius, aku takut bila memikirkan masa depan. Apa yang akan jadi dengan aku? Dan melihat kepada bebanan yang aku seharusnya pikul. Berpaling ke belakang, tidak ringan sebenarnya bagasi ini. Sungguh. Berat amat, kalau mahu dipikul tanpa menggunakan otak, dan kesungguhan.

Tarik nafas dalam-dalam. Lalu jiwa jadi kosong kembali. Mula tak tahu nak ke mana. Mula tak tahu nak buat apa.

Pernahkah melihat orang yang berpakaian compang-camping di sisi jalan, hari-hari berjalan tanpa tujuan, dengan rambut kusut masai, dan kemungkinan tidak berselipar? Mungkin juga kadang-kadang ada yang tersenyum dan berbicara seorang diri sambil berjalan? Orang panggil mereka, orang gila.

Semacam aku dan mereka, sama sahaja, cuma bezanya, aku masih berpakaian penuh, terurus, dan tidak berbicara seorang diri.

Lalu aku pun duduk mengadap tasik KLCC seorang diri, di tanganku sebiji burger McD, sebuah novel berkulit merah, dan sebuah talipon bimbit. Mengadap tasik, mengunyah burger.

Azan asar berkumandang.

Apa nak jadi?

*nafas panjang disedut*

Reincarnation : The Methodology

Entah apa mimpi, pagi ni aku mesej kat inbox sorang kawan aku kat FB:

"Salam'alayk.

Bro, tak tahu mana nak mula,
tapi rasa-rasa macam nak kembali ke zaman dulu,
hidup yang lebih sopan dan tenang.

Tapi tak nak jugak meninggalkan hidup sekarang,
sebab kat keliling ramai orang2 yg #ohsem,
yang ada BAAANYAK potensi, tapi mereka (agak sedikit) "lost",
sampai saya pun terikut "lost" sama,
tapi bersangka baik je lah,
mungkin ada sebab kenapa Tuhan
campakkan saya untuk kenal diorang.

Saya letakkan diri saya ni sekarang,
setaraf dengan remaja2 liar kat luar sana,
buat byk benda2 mengarut,
tapi tak elok la kan kalo sy citer dosa2 saya aite?

so, selaku Da'ie bertauliah,
do you have any plan to fix a guy like me?

Hurm."


And here iz ze respond

"Wslm.

Kembali la ke pangkal jalan..
Bertaubat, beriman dan beramal soleh...
Allah akan tukarkan segala dosa jadi pahala..

Islam bermula dgn individu.
Rukun Islam bmula dgn individu.
So, fokus kpd individu dlu.
Sempurnakn rukun2 Islam.

Cuba improve solat. Solat di awal wktu, bjamaah, dan plg pnting, khusyu'.
Klu bkesempatan, cuba baca buku ttg khusyu' dlm solat. Buku TG nik aziz sgt bagus.
Klu solat ok, sehingga anda enjoy solat, rasa btul2 bhadapan dgn Allah,
takut dan harap kepadaNya, insha Allah, solat itu sdiri akan jd mudah.
Dan kita akan dpt kekuatan utk meninggalkn kemungkaran lain.

Cuba amik masa ber'uzlah sekejap. Asingkn diri drp org lain.
Pegi iktikaf mana2 masjid yg xde org yg dkenali.
Spend masa utk hanya anda dan Allah.
Baca quran byk2, cuba fahami sekadar mampu.
Klu bleh, cuba habiskn bacaan quran sekurang2nya 1 juz sehari.
Khatam quran sebulan sekali. Insha Allah, kita sntiasa berada atas petunjuk Quran.

Bykkan amalan2 sunat, dan cuba hidupkn sunnah dlm diri.

Cari kwn2 yg baik, yg bleh bawa anda ke syurga.
Rapat dgn mereka. Kwn2 lain tu bleh la kwn...
Tp biasa2 je.. Klu pngaruh baik, xpe.
Klu x baik, jarakkan skit diri dr mereka.
Cari kwn2 yg bleh sntiasa bg peringatan, bkn sntiasa menghanyutkn.

Buat yg tu dlu... Klu anda serius la..

1. Improve solat
2. Iktikaf dan baca quran byk2. Klu bleh, study pn kt msjid.
3. Bykkan amalan sunat dan hidupkn sunnah dlm diri.

Klu dalaman kuat, insha Allah, anda akan ada kekuatan utk tinggalkn dosa2 lain.

4. Cari kwn2 yg bleh membawa anda ke syurga.

Serigala hanya mkn kambin yg bersendirian..

Pasni letak status fesbuk, YM, dinding bilik, etc: "saya maw masuk syurga.."

K.

Wslm."


U see that? He iz k-ing me. Duh~~~ -.-"

Kesian. Sekian.


p/s: Saya maw masuk syurga

tak ingat dah nombor berapa. Ada aku kesah?

well, lama tak menulis. Lama siut. <---- tis is my ayat klise sejak dari blog lama lagi –.-“

 

Suddenly, tadi N.A. add aku kat fesbuk, dan kitorang berbicara. Aku dan N.A. dah pernah rapat secara online sebelum ni. Kitorang satu kos eceli, lebih tepat, dia juniur aku. Tepat lagi, bekas juniur, pasal aku dah tukar kos dan sekarang aku tahun 1, dia dah tahun 2, so dia seniur aku, kot? #bahaha.

Satu kos, tapi aku hanya mula rapat secara online. Masa tu dia introduce aku dekat game “Bakery Life” kat Fb, dan aku ketagih. (Haha, lame gilaaa)

Ok then, she’s blogging to. Don’t know why, me love her blog. Her writing.

Bukan ada isi pun, tapi aku rasa aku suka. Serius. Kerana kejujuran dia menulis, kot? Satu perkara yang selalu jadi bila aku baca blog dia, aku akan rasa nak menulis, secara otomatik.

Then tadi, bila dia add aku kat fesbuk (walopun sebelum ni dah penah fren, tapi entah cemane dia dan aku tak jadi kawan. Dia remove aku masa aku pakai nama “Terer dan Hensem” kot. Kan stalker bunyi nama tu? –.-“) . So sembang-sembang kat fb dan aku mintak link blog dia.

Aku baca.

 

Dan sekarang, aku menulis balik.

 

Credit to N.A. sebab buat aku menulis balik.

 

Kay bye.

 

 

p/s: Missing my old days, yang lebih sopan dan tenang, siyes.

Selasa, 8 Mac 2011

#7 : review buku @comradenami : bau semangat anak muda

Testing.

Entri ini ditulis menggunakan nokia e63, dalam apps opera mobile. Kena type guna mode html baru boleh menaip, thanks kepada dickhead @afiqsiddhartha atas info.

entri kali ni aku saja taruk tajuk pasal utk memudahkan aku nak cari balik. Sebab ini entri yang bertopik. Kalau entri tanpa tajuk tu, entri random, so tak penting pun untuk aku nak tengok lagi.

So, seperti mana tajuk, begitulah isinya, kerana ini bukan suratkhabar metro hairan.

Aku baru je usai membaca novel bau semangat anak muda, hasil nukilan ''nama nami'' (http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com). Sape tak kenal nami, memang agak rugi lah aku rasa. Aku x tahu mana dia dapat kuasa untuk menghasilkan tulisan2 yang semacam dadah, bila baca kau mesti akan ketagih dan mahu lagi dan lagi.

Dan sepertimana dadah, tulisan nami bukan sekadar membuat ketagih, tapi khayal dan lebih dahsyat, ''merosakkan'' pemikiran. Heh.

Jujur, aku juga sudah terkena dadah itu.

Kenapa merosakkan? Kerana jika kau cuba untuk beramal dengan idea idea sang nami ini, sudah pasti kau akan menjadi makhluk yang gagal di zaman ini. Dipandang hina oleh majoriti masyarakat, diperlekeh, dan dilontar dengan pelbagai tohmahan.

Tapi tak kurang juga ada yang akan memandang kau kool.

Btw itu semua adalah subjektif, bukan? Gagal atau berjaya dalam hidup, siapa yang letakkan definisi?

Tapi hakikatnya, idea menongkah arus yang disampaikan nami melalui tulisan tulisan dia, bukan senang untuk kau nak zahirkan ke alam realiti, melainkan kau punya mental yang teguh, atau rosak.

Kenapa ini terjadi? Bagi aku, hanya ada 2 kemungkinan. Sama ada idea nami adalah idea yang bodoh ketinggalan zaman, ataupun terlalu ke depan meninggalkan zaman.

Tunggu dan lihat saja, masa akan menentukan.

Kembali kepada novel. Novel ini novel kedua buatan nami, setelah pengejar bintang, yang aku pun ada beli jugak.

Sedikit spoiler, novel ini cerita pasal seorang anak muda, nama nizam, yang hidup membesar dengan muzik muzik grunge, dan bagaimana dia membesar dengan impian untuk mempunyai sebuah band sendiri.

Jalan cerita novel ini mendatar, sama seperti novel pertama nami, cuma plot novel kedua ni lurus dan tak melompat lompat macam yang pertama.

Kalau kau pernah baca pengejar bintang, kau pasti tahu yang jalan cerita novel nami tidaklah banyak aksi sangat. Atau memang tiada aksi. Semua yang dia cerita adalah tentang kehidupan seharian watak utama, apa yang difikir, apa yang dibuat, siapa dia jumpa, apa dia cakap, apa yang dirasa. Tapi aku rasa, itu lah kehidupan. Memang hidup kita jugak sentiasa mendatar dan membosankan. Mana ada hari hari kau akan berjumpa perkara yang menterujakan.

Hidup umpama marathon yang panjang. Kau mengulangi rutin yang sama setiap hari, kecuali amat sedikit ada perkara baru datang dalam hidup, sehingga lah kau mati baru rutin yang bosan itu akan terhenti.

Novel ini jugak kurang bunga2 kalau kau nak bandingkan dengan pengejar bintang. Sebab watak utama adalah seorang cob-nobbler yang sampai berumur 27 pun tak pernah ada kapel. Ceh.

Sedikit yang istimewa tentang blog ini, yang membuatkan aku tergelak sendiri dan tersenyum, adalah apabila Nami meng-cameo-kan diri sendiri melalui watak Luq (protagonis Pengejar Bintang). Luq, seorang skizo, penulis blog Kopi O Tawar (LOL) , heh, sounds very familiar aite?

Dan tidak dilupakan sedikit suntikan ideologi rebel pembangkit semangat anak muda, walaupun tidak tepu, tapi tetap diselitkan dalam novel ini. Well, it's Nami. Persoalan-persoalan seperti dunia milik anak muda, kongkongan daulah, politik dan bla bla bla tetap ada, walaupun itu bukanlah menjadi isu utama.

Sebenarnya kalau kau pembaca setia TTGB (sebenarnya dulu aku hari2 akan baca TTGB, sebelum twitter merosakkan rutin itu) kau pasti akan rasa kebanyakan cerita dalam novel ini kau dah pernah dengar. Ya, nami dah ulang banyak kali cerita ini dalam blog dia. Cerita anak kecil dipukul ayah sedara, anak kecil yang membesar dengan muzik grunge, remaja dengan band sendiri, gig kena serbu polis, isham rais, mengembara ke Ipoh, semua itu kau pernah jumpa dalam blog, ada dalam novel ini.

Plus, ingatkah korang pada Hafiz dan kasut love buzz beliau? Ok mamat tu pun ada dalam novel ni. Seorang yang amat tidak kool rupenye Hafiz ni. Ceh.

Aku rasa, cerita ini bukan cerita rekaan, tapi memang cerita nami sendiri. Kecuali sedikit elemen tambahan, biasalah cerita.

Nami seorang skizo, so ini mungkin adalah cerita tentang seorang watak skizo dalam kepala dia? Atau mungkin semua watak yang ada dalam novel ini adalah watak yang nami sendiri kenal kerana skizo? Mereka memang wujud, tapi hanya dalam alam khayalan minda nami.

Jika benar nizam adalah seorang watak skizo nami, maka aku rasa dia adalah seorang yang lebih cerah, dan positif, berbanding sisi gelap dan mendung nami yang kau selalu lihat kalau dia luah rasa kat blog dia.

Aku harap aku betul, kerana aku sebenarnya agak takut melihat sisi gelap nami yang sentiasa mendung dan sering bercakap soal kematian. Mengetahui wujudnya sisi positif dalam diri nami, mengurangkan sedikit kegusaran aku tatkala nami menjangkau umur yang sama dengan umur idola dia, kurt cobain mati membunuh diri.

Tapi jujurnya, aku rasa novel kedua ini kurang membekas kepada aku berbanding novel pertama. Mungkinkah ini petanda bahawa sisi murung nami adalah lebih dominan daripada sisi positif dia? Oh mai...

Ah, dah jadi review nami pula. Ini bukan review novel lah cilake. Btw, aku pun bukan sesiapa nak me-review secara intelek ni, so biarlah aku merapu dengan cara aku.

Sambung lagi, walaupun tadi aku cakap novel ini dipenuhi unsur realistik, tapi ada jugak yang plastik dan agak seperti drama tipikal meleis, aku rasa.

Terutama part2 hujung ketika nizam berjumpa balik semua kawan lama dia, secara kebetulan. Wei, zaman sekarang manade kebetulan jumpa balik awek zaman sekolah rendah kat tepi jalan. Sekarang ni ada facebook-lah! Kekekekekeke.

**Peh, leceh betei update blog pakai henset, so bermula di sini aku pakai PC**

Overall, aku rasa novel ni tidaklah memberi impak sangat kepada aku. Sekadar baca, dan habis. Walaupun berkisarkan tentang kehidupan anak muda mengejar impian, dan sedikit suntikan idea rebel, tiada pula aku ter-inspirasi untuk turut sama mengejar impian aku. Berbanding novel pertama yang pernah membuat aku mabuk seketika. Kalau diberi bintang, daripada 5, mungkin aku beri 3 kot.

Maaf bro, bukan nak kritik sangat, tapi aku rasa kau mampu buat yang baik lagi lah. Dan aku rasa aku pernah baca tulisan kau yang lebih baik daripada ini. Heharap masa depan kau buat yang lagi umph.

Maka, sekian saja 5 sen dari aku pasal novel si Nama Nami ni. Heharap yang membaca tidak pula terpengaruh dengan komen tak best yang aku bagi, itu hanya pendapat aku yang bodoh ini, BTW. Mungkin aku yang tak faham seni menulis novel agaknya. Keh3.

Pada pembaca TTGB, aku rasa kalau korang tak dapatkan novel ni, semacam tak lengkaplah hidup korang selaku die-hard-fan TTGB. So, yang tak beli lagi tu, rerajin lah kontek Nami dan laburlah rm20.

It is Nami ok? Tak nampakkah potensi dia akan jadi apa di masa akan datang? Kau akan beruntung kalau kau memiliki setiap hasil karya dia, pada masa dia sudah bergelar lagenda kelak.

Dan Nami, aku dah promot + kipas kau abeh dah ni, bila nak payung char kuew teow? :B

So, that's all. Aku pun dah rasa bosan menulis. Sepanjang aku menulis ni, aku dah sempat menyapu rumah, berperang dengan adik aku, ambil budak yang mak aku babysit kan dari sekolah, dan sekarang aku dah lapar. Mahu makan pula.

Penutup kata,

Nami, teruskan menulis. Walaupun hanya tulisan, tapi aku rasa kau mampu menggegar dunia. Kalau tak dunia pun, Malaysia. Ok Malaysia pun tak mampu, sekurang-kurangnya kau mampu gegarkan aku.

Harap-harap karya kau akan datang akan lebih deep dan meng-orgasme-kan minda aku.

Dan jangan kau berani kata kau seorang yang tiada apa-apa , sedangkan ramai saja di luar sana yang kagum kepada kau. TERUSKAN HIDUP, BRADAH!


"our little group will always be and always will until the end"

Isnin, 7 Mac 2011

#6

“Aku

sedang

angau lah,

babi!”

Sumpah, diz feeling of angau memang seronok dirasai, tapi boleh bikin seksa jugak. Bayangkan bila dalam kepala otak kau hanya ada DIA, DIA, DIA, DIA, DIA dan DIA, serta DIA.

 

Dan bila kau lihat DIA, kau rasa gembira. Tapi bila kau diabaikan DIA, kau mula rasa sesuatu, yang tak best. Bila DIA bermesra dengan orang lain, LAGILAH!

 

However, angau bukan bermaksud aku perlu mengejar DIA, ini cuma rasa tertarik yang sekejap, dan rasa ini akan hilang jugak bila aku sudah bosan, dan lali. Alah seperti kau (anggap kau seorang gadis) sedang lelepak di stesen bas, tetibe ada lelaki entah dari mana dengan rupa yang super-duper kacak, atau jambu, atau whatsoever senyum dekat kau. Mahu kau tak “gila” sehari dua?

 

Ya, ini suatu normaliti. Rasa ini akan hilang juga. Sementara menunggu rasa ini pudar ditiup angin, layankan je lah. Tapi, sakit dada… >.<

 

Hoi AWAK, mai lah sini tetegor lah aku! Jimbit!

Ahad, 6 Mac 2011

#5

Pernah rasa stress nak mati, tak tahu nak luah kat mana?

 

Ok, seharusnya kau cari Tuhan, mohon kekuatan, dan berdepan dengan celaka yang buat kau stress itu. Semua akan ok.

Itulah yang ideal.

Tapi jika kau adalah jenis manusia yang sedang  kelabu dirinya, masih juga mahu meluah segala rasa untuk bertenang, aku boleh berikan kau sedikit ruang.

 

Aku bukan pendengar yang setia, maka aku takkan mahu dengar cerita kau. Buat apa aku dengar cerita kau, BTW, aku sendiri juga punya cerita aku sendiri. Kau nak dengar?

Aku cuma boleh berikan kau ruang.

Kau nak meluah rasa, mencarut, merapu, menyampung, atau apa lagi, coretkan saja.

Ruang aku ini, ruang infiniti.

Buatlah apa saja, silakan.

Cumanya, ruang itu tidak pernah menjadi ruang bebas Tuhan. Maka, segala hal lain, kau tanggunglah sendiri.

Selamat datang ke dunia aku.

http://yourworldoftext.com/abuubaidah66

 

 

Atau ciptalah ruang kamu sendiri.

#4

Awek print screen.

Ini bukan sinikal nak tuju kepada sesiapa seperti istilah pelacur blogger bagai.

Ini cerita benar (???)

 

Aku punya seorang kawan. Pernah menjadi gadis rempuh (crush) aku. Peh, terjujur pula. Tapi kata pernah di situ menunjukkan sekarang rasa itu sudah tiada.

Well, dia comel, dan itu major faktor kenapa aku ter-rempuh dia. Dan aku pula mempunyai skil memecahkan ais tahap tertinggi, menjadikan langkah-langkah berkenalan itu semudah memetik jari, walaupun aku tak reti memetik jari sebab setiap kali aku petik jari, tiada bunyi.

Mengorat itu ada dalam darah aku, nuff said. Kekadang tanpa perasan aku menjadikan perempuan TER-suka dekat aku, dan ini bukan sekali, tapi 2, 3, 4, 5 dan entah berapa kali. Apa lagi penjelasan terbaik, selain daripada aku ini umpama sebiji magnet wanita? Heh.

Kembali kepada gadis itu. Panggil saja Nana (bukan nama sebenar, tapi memang panggilan sebenar).

Dia dengan aku, kalau dah akrab, memang akan akrab gila babi. Teramat lah sangat sampai segala benda akan dikongsi bersama. Dia jugak pernah masuk ke bilik aku, sebanyak 2 kali kalau tak silap. Dan di situ kami kongsi banyak perkara, bersama.

Heh, dah mula stim-lah tu?

Bodoh. Aku masih dara (atau teruna?), lah. Dia datang rumah aku ketika siang hari, mak aku pun ada di rumah, kau mahu aku buat apa? Gila nak bersenggama masa macam tu.

Bersenggama luar nikah itu kan haroooom, BTW? Kau tak ingat dosa pahala?

Sambung lagi, walaupun ketika akrab kami ni umpama kawan baik, tapi dia ada satu sikap yang aneh, dan mungkin agak celaka bagi sesetengah orang.

Tapi disebabkan sikap dia itu dilakukan dekat aku, maka aku yang suci lagi berhati murni dan mulia tak reti nak marah orang ni pun takdelah simpan dendam. Aku bersangka baik, mungkin dia memang ada masalah mental menyebabkan dia tak tahu bagaimana tatacara berkawan yang betul.

Bagi contoh la, kau rasa patut ke bila kau dah ter-akrab dengan seseorang, tetibe kau nak mendiamkan diri seribu bahasa bila dicari? Di talipon kau tak angkat, di SMS kau tak reply, meninggalkan aku bengong sejuta lemon bahasa. Woi, baru semalam kau orang bermesra-mesra-an (dalam konteks kawan lah, jangan nak stim, dasar ejak pramatang), tetiba masuk hari baru kau hilang.

Kalau nak pergi dan taknak berhubungan sudah sekalipun, jangan lah dengan cara yang babi sangat. At least bagi lah SMS sepatah,

“Hai awok yg comel dan hensem tapi bunchet, saya akan mula bizi dan lepas ni saya takkan layan awok lagi sebab saya bizi dan awok tak penting dah dalam hidup saya. Ya, tak penting, nanti ada hal saya cari awok lagi.”

Ya, aku tak kesah kau mesej sekeping, walaupun berbahasa sebabi ini, atau lebih babi daripada ini, daripada kau membisu mebuat diri bingung.

Kau tahu, perbuatan membisu meninggalkan ruang vakum yang kosong, dan bila kosong, akan datanglah rasa-rasa busuk yang entah dari mana menunjal.

Otak yang kosong, akan berusaha memenuhi kekosongan yang ditinggalkan, itu sifat otak.

Ketika bingung tanpa jawapan, maka otak akan melahirkan hipotesis-hipotesis sendiri untuk memuaskan rasa inkuiri yang membuak-buak.

“Aku tak hensem kah?”

“Aku busukkah?”

“Dia tiada kredit kah?”

“Dia dah mati kah?”

“Dia kena rogol kah?”

Dan pemutaran pemikiran tanpa rela di luar kawal ini membuatkan tubuh badan rasa tak senang. Kau tahu? Kau pernah rasa?

Bahasa bombastik-nya, “jiwa kacau'” atau “serabot” atau “gundah gulana”, apa lagi?

Moral, kalau nak blah, lain kali cakap, biarlah dengan kata yang babi sekalipun, daripada kau biarkan aku membabi sendirian hilang punca.

 

Kembali kepada perenggan pertama. Kenapa gadis print screen?

Kau ingat cerita dia pernah datang lepak rumah aku dan kami bersenggama bermesra? Dia datang rumah aku sebab nak buat assignment dia sebenarnya, sebab masa tu aku baru pakai internet kat rumah. (Maka jelas lah sekarang bahawa aku bukannya lelaki magnet , bukan?)

Dan antara kenangan yang berkekalan semasa dia datang ke rumah aku buat assignment selama 2 hari itu adalah,

 

aku .

 

telah .

 

mengajar .

 

dia .

 

satu .

 

skil .

 

yang .

 

berguna .

 

untuk .

 

dia .

 

sehingga .

 

kini .

 

iaitu . . . . . . . .

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA-CARA NAK PRINT-SCREEN!

Yeah!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Er, kau pun tak tahu apa itu print screen?

 

Pedulikan.

 

TAPI, disebabkan dia seorang gadis yang sedikit *&%$^&*# maka sampai hari ini dia tak reti macam mana nak print screen.

MAKANYA, setiap kali dia nak print screen, dia akan call aku dan bertanya-kan bagaimana.

Bukan sekali dua, tapi dah 3. Semalam dia tipon lagi, semata-mata untuk bertanyakan itu.

 

Heh.

 

So, sekarang kalau aku nampak namanya terpampang pada skrin talipon yang berdering kerana panggilan masuk, aku tahulah apa dia mahu.

 

Kau comel , Nana. Comel. Kikikiki.

Sabtu, 5 Mac 2011

#3

Di kolej 12, Uni. Malaya. Bilik Muzze, laptop Muzze. Muzze sedang tidur.


Semalam bermalam di sini. Dijemput Muzze, dia nak selebret dia punya usaha hampir setahun buat projek tahun akhir, sedikit lega (banyak sebenarnya) apabila dia dah selesai membuat persembahan (presentation, right translation, right?).

PROJEK TAHUN AKHIR, woi!

Tapi dia tak habis semester ni, extend lagi satu katanya.


So, makan dalam bilik, dia masak sendiri spaghetti itu bersama room-mate, dan menjemput beberapa kenalan rapat.

Fahmi S
Fahmi L
Pein

dan tak hadir

Moja <-- Ke UIA menghadiri Dialog antara Agama
Alif <-- di rumah merempat seorang. Kelaparan. Kesian.

Biasa, bila dah lama tak jumpa, komen yang dah komon aku dapat,




"KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

dah besor dah awok

KAH KAH KAH KAH KAH KAH"













Dan makan.

















Merapu.

















Dan habis.












Mereka adalah senarai rakan yang aku rasa aku akan terus berhubungan di masa akan datang. Sukar nak jelaskan, walaupun dah tak selalu bersama, tapi kemistri antara mereka adalah jenis aku takkan malu kalau nak pinjam duit, walaupun dah lama tak berjumpa.

Baru sebulan dua tak jumpa, tapi sudah banyak yang aku rasa ketinggalan. Mereka semacam dah mengorak langkah membina hidup. 22 tahun dah, biasa lah pemikiran begitu.


Aku? Heh.




Habis. Bahagian satu.

















Masuk bahagian dua.

Lepas jamuan spaghetti dengan kekawan, aku cabut pergi dating dengan seorang gadis. Comel. Aku jarang puji perempuan secara terbuka, tapi dia comel.


Ini blind-date, tahu? Aku kenal dia pun melalui laman sosial paling tahi di abad ini.

Pertama kali bersua, dia membaca sebuah novel, bukan sejenis novel cikai, tapi nampak macam agak berat. Macam lah. Sebab aku mana faham Engrish ni.



Dan berborak, membuka lapisan pertama diri, yang biasa ditonjolkan kepada umum. Oh, mungkin lapisan kedua. Membuka pemikiran masing-masing. Aku lihat sesuatu.

Istimewa.






Dalam.






Dia bukan orang biasa.


Mungkin tak cukup dalam, tapi cukup untuk membawa aku kembali menghirup nafas dan rasa ketika aku pernah berada di suatu zaman terang, dahulu. Membuat rindu ingin kembali.


Aku mesti kembali.














Mesti.








Huh.

Jumaat, 4 Mac 2011

#2

Pagi Jumaat dimulakan dengan rasa nak berak. Itu normal.


Ok, kenapa aku buat blog ini?


Sebelum aku jawab soalan di atas, mungkin aku perlu menjawab soalan, siapa yang bertanya soalan di atas?


Tiada yang bertanya, cuma hal ini telah berputar-putar dalam kepala aku sejak semalam. Maka aku hendak coretkan.

Kenapa pula kena tuliskan? Kenapa semua benda kau nak bertanya kenapa ni?

Jimbit.


Berputar-putar keliling alam, akhirnya blog ini hanyalah nukilan diri. Ditujukan untuk diri. Tiada niat untuk impress sesiapa pun, cuma aku rasa aku perlukan tempat untuk meluah apa yang ada di dalam kepala. Ekspresi diri kononnya. Jadah.


Aku pernah ada blog. 2 blog. Tapi aku rasa tiada salah untuk memulakan blog baru, walaupun telah mempunyai tapak lama. Lagipun ini bukan dunia nyata yang tanahnya limited sampai kau perlu bergaduh dengan adik beradik demi sehelai geran, ini tanah blogspot, aku tak tahu pula kalau blogspot ni punya limitasi?

Mungkin kerana sejak kecil aku dah diajar hidup berpindah randah? 6 kali berpindah rumah, di dalam sebuah kampung yang sama, taman perumahan yang sama, sejak aku berumur 8, sehingga menjadi 17. Bolehkah itu menjadi alasan untuk aku cakap, aku dah biasa hidup berpindah-randah, maka tiada salahnya kalau dalam dunia blogspot juga aku mahu berpindah?


Beginilah, aku manusia biasa, tapi tetap mengharapkan akan menjadi seseorang pada suatu hari nanti. Ya, aku mahu jadi seperti "dia". Aku kagum pada "dia". Serius kagum.

"Dia" buat aku jadi poseur. (Buruk benarkah kata poseur sampai ada orang yang seolah jijik dengannya? Kita semua belajar dengan meniru. Kalau tak meniru jangan harap kau akan pandai berjalan atau bercakap. Ah, ini tajuk lain, persetan!)

Maka, dengan harapan dan angan-angan bahawa satu hari nanti aku akan jadi macam "dia", maka aku rasa aku perlu menukilkan segala pemikiran (?) dan rasa aku pada hari ini. Supaya hari esok bila aku berjaya menjadi "dia", aku boleh menoleh kembali dan melihat segala proses yang telah aku lalui.


Idea (atau lebih tepat, perasaan) untuk membina sebuah blog baru dah lama bermain-main dalam benak pemikiran sebenarnya. Tapi bukan dengan menulis. Aku mengimpikan untuk ada blog yang penuh dengan lakar-lakar dan conteng-conteng.

Aku lebih suka melukis. Tapi disebabkan aku bukan anak orang kaya punya harta juta-juta mahupun anak angkat sultan di sesuatu negeri / negara, aku tiada punya scanner.

Scanner, mesin scan. Nantilah aku beli. Bila aku dah beli, bersedialah kamu untuk merasakan pengalaman minda dipulas-pulas sehingga kering.


Mahu ada blog seperti ini dan ini.


Tapi mimpi emas? Mahu ada sebuah karya agung yang mampu meninggalkan bukti wujud diri kepada dunia. Sebelum aku mati.


Sebelum aku mati.


Sebenarnya, semasa aku mula menulis, aku rasa nak berak. Dan sehingga ke ayat ini, aku tak berak lagi. Pergi dulu.

Khamis, 3 Mac 2011

#1

Entah apa gila, tiba-tiba rasa mahu menulis blog pula.
Maka, inilah ia.


Hanya sebuah lagi laman dot blogspot.


Ditulis oleh aku,
ditujukan untuk aku.


Cukuplah itu untuk permulaan, barangkali?