Rabu, 30 Mac 2011

Cinta (bluergh)

Sebenarnya aku semacam bosan untuk menulis soal jiwa dan raga ini. Sungguh klise. Tapi kenapa menulis juga? Mudah, sebab hanya soal ini yang semua orang dapat faham, tanpa perlu menggunakan otak dan pemikiran. Serius. Ini tidak perlukan fakta ataupun sebarang rumus matematik untuk kau hadamkan. Semua orang, kononnya, mampu merasakan hal ini.

Selain daripada senang difahami, hal ini juga tidak memerlukan aku menggunakan pemikiran untuk menulisnya. Itu sebab sebenar, sebenarnya.

Ok, aku ada satu kenyataan poyo, mahu dengar? Aku rasa, aku rasa lah, aku tak percaya cinta. Heh. Poyo tak?

Well, tooooooo much definitions tentang cinta, dan setiap kepala otak punya pemahaman yang sendiri, tentang satu perkataan ini. Tapi aku lebih suka untuk berpegang pada satu definisi yang ideal, mungkin terlebih ideal, iaitu:

"Cinta itu, tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela".

Definisi yang aku dapat daripada satu lagu nasyid sebenarnya. Hahah. Kelakar? Atau comel?

Mungkin disebabkan oleh kepercayaan yang terlalu ideal, maka aku menganggap cinta itu, tidak wujud. Okay, aku beri pengecualian terhadap 2 situasi, iaitu cinta daripada Tuhan kepada makhluk-Nya, dan juga cinta daripada ibu, kepada anaknya.

Kembali kepada cinta, siapa yang mempunyai sikap sedemikian? Beritahu aku, manusia mana yang sikapnya hanya rela memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan? Lelaki mencintai wanita, demi untuk memuaskan nafsu serakah. Tak benar? Benarkan lah.

Dan wanita mencintai lelaki itu, untuk apa? Entah, aku bukan perempuan, maka aku tak tahu. Tapi semestinya berkepentingan. Mana ada cinta yang ideal, seperti dalam definisi yang aku percaya itu.

Sebenarnya begitulah kehidupan. Manusia memang saling memerlukan. Maka tidak salah sebenarnya sekiranya seorang lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki. Salahnya ialah apabila kata-kata cinta itu terlalu diagung-agungkan, sehingga seolah-olah menjadi Tuhan dalam kehidupan dunia kini. Atau memang telah menjadi Tuhan sejak dari dulu lagi?

Segala kata-kata metafora indah yang membuatkan manusia menyangka, cinta sejati itu benar-benar wujud? Sedangkan, kau bersama siapa itu sebenarnya tidak penting langsung! Tapi sebaliknya peranan yang kau mainkan bersama siapa yang kau telah pilih untuk bersama, itulah yang utama.

Dunia ini kejam. Dipenuhi bull-shits. Dan menipu manusia dengan hakikat cinta, adalah sama zalimnya dengan mencandu pemikiran mereka dengan segala jenis penipuan lagi. Katakan, apa saja? Kemewahan, duit, keamanan, agama? Persoalannya, kenapa cinta itu tidak pernah disalah-kan, seperti mana galaknya mereka menyalahkan agama dan segala jenis dadah yang lain itu?

Cukup dengan persoalan cinta. Aku juga memerlukan seorang insan sebenarnya, bukan untuk dicintai, tetapi sebab aku mempunyai sisi lemah yang amat banyak, dan aku tak boleh simpan sendiri.

Dan aku juga tak mengerti, kenapa kini aku seolah-olah telah tertarik kepada seseorang, tanpa menyimpan rasa nafsu? Mungkin definisi cinta itu, sebenarnya berbeza?

Kay bye.





Hanya merapu.