Khamis, 24 Mac 2011

#8

Entri nombor tiada tajuk kembali. Kadang-kadang aku terfikir jugak, macam menyusahkan diri je aku letak entri tanpa tajuk ni. Mana tahu esok-esok aku nak cari balik hasil tulisan yang telah membuatkan aku orgasme sendiri, payah jugak kan? Oh, aku seorang narsisis, pemuja diri sendiri, sebab tu tulisan sendiri pun mampu membuatkan aku orgasme.

Tapi bila fikir untuk kali ke-8, akhirnya aku dapat memuaskan diri, dengan alasan, "alaaaaa baca novel pun mana depa letak tajuk tiap-tiap bab. Semua bab taruk nombor juga dey." Ok, hati aku terpujuk. Tapi, untuk entri-entri yang aku rasa berkaitan topik penting, aku rasa aku akan letakkan tajuk.

So, apa yang menarik? Hari ini, aku bangun pagi agak lewat, seperti rutin biasa aku semenjak 2, 3 minggu ni, lebih kurang 9 lebih. Aku sebenarnya bukan jenis bangun lambat, tapi sejak punya 2 kehidupan ni, aku dah jadi keliru antara dunia realiti dengan dunia online. Serius, kadang-kadang aku mengabaikan tuntutan dunia realiti semata-mata untuk menjadi manusia berjaya di alam maya. Seperti suatu ketika dahulu ketika aku ketagih bermain Ragnarok, dunia nyata hanya menjadi tempat aku mencari duit untuk meneruskan survival aku di alam fantasi. Sial. Tapi ketagih, kau ingat senang nak ubat? Semua ini tidak rasional, tapi aku suka. Suka, adalah emosi, sejak bila emosi ini pandai rasional?

Ah, tak penting apa yang aku sundalkan di alam maya yang satu itu. Laman-laman sosial itu hanya memaparkan muka-muka hipokrasi aku. Tapi siapa nak marah aku bersikap hipokrit? Jika aku sendiri yang memilih untuk menjadi hipokrit, maka itu adalah aku memilih untuk menjadi diri sendiri, yang hipokrit. Ok, hentikan dengan kenyataan paradoks itu. Cukup, marahku kepada minda sendiri.

Apa yang penting hari ini adalah, bukan kerjasama, tapi pertemuan aku dengan seorang seniur, berpangkat abang sebenarnya. Dia pernah menjadi teman serumah aku. Syeikh (bukan nama penuh) sangat baik orangnya, walaupun ketika turun ke medan juang, dia akan menjadi seekor singa lapar yang tak takutkan apa-apa. Dia seorang pejuang. Pejuang di medan yang dia telah pilih, dan biasalah, orang berjuang memang punya banyak musuh. Dia seorang yang licik, dan paling pandai bermuka-muka, sesuai dengan medan juang yang dia pilih. Tapi ada satu sisi lain, yang jarang orang luar tahu, Syeikh adalah seorang yang paling memahami, dan sangat mudah membantu, atau paling kurang, dia akan cuba untuk mendengar masalah teman-teman. Kalau dia mampu menghulurkan bantuan harta benda, memang dia akan bagi. Tapi kalau tak mampu, sekadar kata-kata galakan dan nasihat pun, akan dia hulurkan juga. Syeikh.

Dia baru menikah, hujung minggu lepas. Ok, siapa kata orang yang tak pernah ber-kopulasi akan mempunyai masalah untuk mendirikan rumah tangga? Syeikh adalah contoh paling segar, bahawa orang yang menjaga diri daripada segala tuntutan najis emosi bodoh yang disucikan oleh momok-momok media massa dengan bahasa bunga-bunga indah, akhirnya akan berumah tangga jugak. Bah kan aku melihat mereka yang bercinta bagai nak rak itulah yang akhirnya menjadi andartu ataupun lelaki sangap di hujung usia.

Pertemuan enam mata diatur dengan Syeikh di Medan Selera KLCC, bersama "kakak ipar", yang sopan orangnya. Sesuai atau tidak dengan Syeikh? Heh. Jauh dari sesuai, dia memang beruntung mendapat orang seperti Syeikh. Serius, dia akan bahagia.

Syeikh yang mengajak aku bertemu, mahu bertanya khabar, katanya. Syeikh memang begitu, suka bertanya khabar teman-teman. Suka mendengar apa masalah teman-teman, dan jika mampu, akan dibantu.


Perbualan dengan Syeikh menjadikan aku seolah-olah terjaga dari mimpi yang panjang, dan aku mula melihat ke masa depan, lalu menyedut kembali emosi lama yang aku ingatkan sudah hilang.

Ketakutan. Serius, aku takut bila memikirkan masa depan. Apa yang akan jadi dengan aku? Dan melihat kepada bebanan yang aku seharusnya pikul. Berpaling ke belakang, tidak ringan sebenarnya bagasi ini. Sungguh. Berat amat, kalau mahu dipikul tanpa menggunakan otak, dan kesungguhan.

Tarik nafas dalam-dalam. Lalu jiwa jadi kosong kembali. Mula tak tahu nak ke mana. Mula tak tahu nak buat apa.

Pernahkah melihat orang yang berpakaian compang-camping di sisi jalan, hari-hari berjalan tanpa tujuan, dengan rambut kusut masai, dan kemungkinan tidak berselipar? Mungkin juga kadang-kadang ada yang tersenyum dan berbicara seorang diri sambil berjalan? Orang panggil mereka, orang gila.

Semacam aku dan mereka, sama sahaja, cuma bezanya, aku masih berpakaian penuh, terurus, dan tidak berbicara seorang diri.

Lalu aku pun duduk mengadap tasik KLCC seorang diri, di tanganku sebiji burger McD, sebuah novel berkulit merah, dan sebuah talipon bimbit. Mengadap tasik, mengunyah burger.

Azan asar berkumandang.

Apa nak jadi?

*nafas panjang disedut*