Jumaat, 4 Mac 2011

#2

Pagi Jumaat dimulakan dengan rasa nak berak. Itu normal.


Ok, kenapa aku buat blog ini?


Sebelum aku jawab soalan di atas, mungkin aku perlu menjawab soalan, siapa yang bertanya soalan di atas?


Tiada yang bertanya, cuma hal ini telah berputar-putar dalam kepala aku sejak semalam. Maka aku hendak coretkan.

Kenapa pula kena tuliskan? Kenapa semua benda kau nak bertanya kenapa ni?

Jimbit.


Berputar-putar keliling alam, akhirnya blog ini hanyalah nukilan diri. Ditujukan untuk diri. Tiada niat untuk impress sesiapa pun, cuma aku rasa aku perlukan tempat untuk meluah apa yang ada di dalam kepala. Ekspresi diri kononnya. Jadah.


Aku pernah ada blog. 2 blog. Tapi aku rasa tiada salah untuk memulakan blog baru, walaupun telah mempunyai tapak lama. Lagipun ini bukan dunia nyata yang tanahnya limited sampai kau perlu bergaduh dengan adik beradik demi sehelai geran, ini tanah blogspot, aku tak tahu pula kalau blogspot ni punya limitasi?

Mungkin kerana sejak kecil aku dah diajar hidup berpindah randah? 6 kali berpindah rumah, di dalam sebuah kampung yang sama, taman perumahan yang sama, sejak aku berumur 8, sehingga menjadi 17. Bolehkah itu menjadi alasan untuk aku cakap, aku dah biasa hidup berpindah-randah, maka tiada salahnya kalau dalam dunia blogspot juga aku mahu berpindah?


Beginilah, aku manusia biasa, tapi tetap mengharapkan akan menjadi seseorang pada suatu hari nanti. Ya, aku mahu jadi seperti "dia". Aku kagum pada "dia". Serius kagum.

"Dia" buat aku jadi poseur. (Buruk benarkah kata poseur sampai ada orang yang seolah jijik dengannya? Kita semua belajar dengan meniru. Kalau tak meniru jangan harap kau akan pandai berjalan atau bercakap. Ah, ini tajuk lain, persetan!)

Maka, dengan harapan dan angan-angan bahawa satu hari nanti aku akan jadi macam "dia", maka aku rasa aku perlu menukilkan segala pemikiran (?) dan rasa aku pada hari ini. Supaya hari esok bila aku berjaya menjadi "dia", aku boleh menoleh kembali dan melihat segala proses yang telah aku lalui.


Idea (atau lebih tepat, perasaan) untuk membina sebuah blog baru dah lama bermain-main dalam benak pemikiran sebenarnya. Tapi bukan dengan menulis. Aku mengimpikan untuk ada blog yang penuh dengan lakar-lakar dan conteng-conteng.

Aku lebih suka melukis. Tapi disebabkan aku bukan anak orang kaya punya harta juta-juta mahupun anak angkat sultan di sesuatu negeri / negara, aku tiada punya scanner.

Scanner, mesin scan. Nantilah aku beli. Bila aku dah beli, bersedialah kamu untuk merasakan pengalaman minda dipulas-pulas sehingga kering.


Mahu ada blog seperti ini dan ini.


Tapi mimpi emas? Mahu ada sebuah karya agung yang mampu meninggalkan bukti wujud diri kepada dunia. Sebelum aku mati.


Sebelum aku mati.


Sebenarnya, semasa aku mula menulis, aku rasa nak berak. Dan sehingga ke ayat ini, aku tak berak lagi. Pergi dulu.